Mungkin di kalangan anda masih suka cara lama, buka booth di kawasan laluan orang ramai, tapi kadang2 bayar sewa je mahal, sale takde, orang sekadar lalu je..
Cara ni nampak macam ok, tapi bila nak reply satu-persatu jenuh, kadang2 masa nak suapkan anak makanan tu la orang whatsapp tanya2 pasal produk..
Stok banyak lagi ni, dah promote merata, tapi sebab tak sempat balas, customer banyak lari kat seller lain..sedih..
Cerita pasal marketing kat media sosial memang hebat dah, tapi sayangnya prospek tu berlalu pergi je bila tak dapat close sale..
Jangan citer bab coding, nak buat laman web ke, memang tak reti lah! Tu sebab saya faham yang kenapa anda lebih selesa jawab mesej customer satu per satu..benda2 Digital ni kadang2 terlalu baru atau kompleks untuk sesetengah usahawan fikirkan..
Jangan risau, dengan kepakaran yang saya ada, saya akan bantu anda untuk hasilkan SALESPAGE pertama anda..
Dah join banyak kelas offline/online..ada yang berbayar ada yang kerajaan sponsor, tapi bila balik umah start buka komputer, pening dah banyak benda lupa..
Beli eBook itu..beli eBook ini, beli panduan video sana-sini, sudahnya beli panduan je..tapi nak buatnya asyik tak reti..pastu give up sebab susah..
Penat dah Google dan Youtube sana sini panduan bina SALESPAGE..tapi memang susah nak faham..nak tanya bukan senang dieorg nak jawab kan..
Malah ada yang dah tak sanggup nak fikir banyak terus upah syarikat lain..faham2lah kalau dah nama organisasi mesti ada staf dan ofis..harga mestilah boleh tahan juga..
Jom saya bagitau kenapa lebih baik anda upah saya dari terus memeningkan kepala sendiri..jangan biarkan customer anda pergi kepada seller lain hanya kerana anda tak sempat balas msg dieorg!
Kenapa saya boleh letak harga murah? Kerana saya adalah freelancer dan tidak memerlukan ofis.
Walaupun anda bayar pada harga terendah, namun saya tetap memberikan anda pilihan link URL .com ikut kehendak anda.
Part paling penting adalah Payment Gateway. Customer anda akan boleh terus beli dari SALESPAGE anda.
Anda hanya perlu berikan ayat memukau pelanggan yang biasa anda gunakan, saya akan susunkan mengikut flow.
Yer, sepanjang tahun jika anda ada sebarang perubahan gambar atau harga, cuma bagitau, saya akan ubah mengikut kehendak anda. Kos untuk ini telah termasuk dalam bayaran tahunan pakej anda.
Di bawah ini saya kongsikan pakej berserta harga sekali.
Saya boleh berikan anda jaminan bahawa harga yang saya tawarkan ini
adalah yang paling praktikal di pasaran..
Anda dah tak perlu gusar lagi untuk fikirkan kos yang mahal untuk buat website..
SALESPAGE ini dah cukup untuk anda promote kan link nya terus di Media Sosial
dan bersedia untuk terima jualan..
Saya nak bagi OFFER kepada yang berminat…saya betul2 nak tolong supaya bisnes anda ni berkembang dan nampak PRO…anda boleh pm saya bila-bila masa untuk claim semua offer kat bawah ni dan saya akan berikan tunjuk ajar..
Saya akan ajar anda macam mana nak design poster facebook/instagram walaupun anda tiada software khas.
Saya akan tunjukkan bagaimana caranya untuk remove background paling mudah, tak perlu menggunakan teknik yang susah dan complicated.
Seperti gambar 'REGISTER NOW!' di atas. Anda pun boleh belajar buat grafik mudah ini.
Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana mudahnya memendekkan link yang panjang berjela tu contohnya link whatsapp.
Untuk tahun pertama ini, sepanjang tahun saya akan bantu anda untuk tukarkan gambar atau ayat promosi secara PERCUMA juga termasuk kalau ada perubahan harga atau diskaun khas.
Nama penuh saya Mohd Syakir, boleh panggil saya Syak, saya dah ceburkan diri dalam bidang Digital Marketing dan Website Designing sejak 2012. Tapi sebelum ini saya tidak mengambil upah dari mana-mana client. Saya gunakan kepakaran yang saya ada untuk membangunkan bisnes saya sendiri. Saya membangunkan jenama OHSEMM69 iaitu sebuah jenama soft ice-cream.
Selama hampir 10 tahun berada di pasaran, OHSEMM69 SOFT ICE-CREAM telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Namun dengan teknik pemasaran yang betul telah membuatkan jenama ini bertahan lama di pasaran. Syarikat sering mendapat tempahan dari syarikat-syarikat besar, GLC, pihak kerajaan dan sebagainya.
Pada tahun 2016, syarikat telah membuat pelancaran pakej ejen dan penjenamaan semula. Pada hari tersebut 2000 kon aiskrim PERCUMA diberikan kepada pengunjung dan mendapat sambutan dari mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan aiskrim.
PEMASARAN dan PENJENAMAAN yang konsisten juga telah mendorong syarikat telco gergasi MAXIS menggunakan perkhidmatan OHSEMM69 untuk menghasilkan iklan mereka pada tahun 2016.
Dah..jangan banyak sangat fikir tu, saya bagi best deal ni, saya tolong set up kan SALESPAGE anda sementara anda fokus pada MARKETING dan BRANDING. Jangan pening kepala nak fikir nak jawab mesej lagi tengah2 malam. Biarkan sistem buat keje untuk anda, tau2 je sale masuk dalam akaun bank. Lepas tu anda tinggal nak uruskan penghantaran produk je. Klik LANGGAN SEKARANG cepat.
Salespage kebiasannya mengandungi satu laman saja dan memfokuskan untuk menjual satu produk khas, sementara Website pula mengandungi beberapa laman, ini termasuk berkenaan syarikat, cara untuk hubungi, galeri gambar dan sebagainya.
Mengikut harga pasaran, harga untuk membina satu laman SALESPAGE antara RM599 – RM999
Tidak benar. SALESPAGE hanya membantu para pelanggan anda yang datang hasil dari promosi yang anda lakukan di media sosial untuk membuat pembelian secara automatik tanpa anda perlu menjawab lagi pelbagai pertanyaan dari mereka.
Maaf, tujuan SALESPAGE dibina adalah untuk memfokuskan bakal pelanggan agar mereka tidak terganggu oleh sebarang promosi lain dan fokus untuk satu produk sahaja sehinggalah pembelian berlaku. Selain itu boleh ambil pakej website ecommerce untuk produk yang pelbagai.
Buat masa ini, saya menggunakan payment gateway dari Toyyibpay. Syarikat ini mengenakan caj bayaran RM1 bagi setiap transaksi. Contoh produk anda berharga RM100, anda akan menerima RM99 ke dalam akaun bank selepas syarikat payment gateway ini memindahkan bayaran ke dalam akaun bank anda. Transaksi selain kad kredit adalah 24 jam pada hari bekerja.
Untuk pembinaan laman web atau salespage, permulaan adalah bayaran one-off, bayaran ini termasuk untuk pembelian domain, hosting dan pembinaan laman web/salespage. Tiada bayaran bulanan dikenakan kecuali caj transaksi oleh pihak payment gateway RM1 bagi setiap transaksi. Namun begitu, selepas setahun, pembayaran renewal untuk pembaharuan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tamat tempoh. Bagi salespage, renewal adalah sebanyak RM399, manakala laman web lengkap atau ecommerce adalah sebanyak RM699. Bayaran ini adalah bayaran tetap tahunan untuk pembaharuan domain, hosting dan kos maintenance tahunan.